Thursday 31 May 2012

Rahsia Tapak Tangan

0 comments




Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan Kita… Walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja Dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya

Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang Dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas… Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. And of course la bentuknya juga berbeza-beza.. Ada yang kurang jelas, putus-putus Dan sebagainya. So selamat ‘menilik’.. Jangan tersalah tilik, sudah la! 

1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin IA panjang Dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran Dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika IA jelas, terang Dan lurus, IA memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran Dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan Dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang Dan lurus, IA menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan Dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus Dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, Ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ‘ curang’ Dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama! 

4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah IA terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.

5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas Dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, IA menunjukkan kamu akan menjadi kaya Dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, Ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus Dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal Dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua Dan seterusnya…

8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya Mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus Dan pendek yang kamu miliki Dan IA sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.

9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas Dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah Dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna Dan bahagia. Tentu sekali IA mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas Dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yang kamu Ada Dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat…. Ajal Dan maut di tangan Tuhan kan ?

Bila jari kamu dirapatkan….
Apa yang kamu lihat bila merapatkan kesemua jari kamu itu di antara satu sama lain? Adakah semuanya rapat-rapat? Kemudian Cuba kau perhatikan di antara jari kelengkeng Dan jari manis kamu sewaktu kamu rapatkan keduanya. Cuba dekatkan jari kamu itu dengan Mata kamu Dan tengok sama kamu boleh lihat Ada sebarang ‘gap’ di antaranya… Sekiranya kamu dapat melihat cahaya di antara keduanya… Bermaksud IA tidak rapat Dan renggang… Maknanya kamu ini seorang yang cukup pemurah. Malah kadangkala kamu juga terlalu boros dalam berbelanja. Walau bagaimanapun kamu ini bukan seorang yang kedekut! Sebaliknya sekiranya tiada ruangan di antara kedua jari itu bila dirapatkan, ini bermakna kamu ini kedekut orangnya Dan pentingkan diri sendiri! Betul ke? hehehee…kalau terkene jangan la mareee..

Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan kita…. walau bagaimana pun ini cuma ramalan saja dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya.. cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas… setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. and of course la bentuknya juga berbeza-beza.. ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya. So selamat ‘menilik’.. jangan tersalah tilik, sudah la!

Cara Baru Mencantikkan Mata Dengan Tindik Dalam Biji Mata

0 comments
Manusia nie memang tak cukup puas dengan kecantikkan yang Allah SWT berikan. Bertindik telinga, pusat dan lidah biasa kita dengar dan lihat termasuk menindik bahagian kemaluan pun ada.



Tapi yang nie lain sikit, tindik di bahagian mata pulak. Hadoi, apa nak jadilah dengan manusia sekarang. Kos untuk ‘mencantikkan’ mata nie sekitar USD $ 600 – $ 1200 yang cuma mengambil masa 15 minit sahaja untuk proses ini.


Piercing eyes – the process of implantation of tiny jewels in the eye’s surface. Jewelry is a specially designed jewelry – insert a diameter of about 3.5 mm. The procedure for implantation of jewelry in the eye takes about fifteen minutes and costs between $ 600 – $ 1200. 



Sumpah! Buat free pun saya tak mahu… Bengong!

Wajah Hero-Hero Malaya Jika Bermisai!

0 comments
1. Aaron Aziz

2. Aizat

3. Akim

4. Aliff Aziz

5. Awal Asshaari

6. Dafi

7. Kamal Adli

8. Nabil

9. Nazim Othman

10. Tomok

Eh, Johan peluk siapa tu?

0 comments

P/s : Mesti la isteri dia Ozlyn . . =D

Awek cun seksa dirinya dengan badan dicucuk besi kemudian digantung

0 comments




Serius kejam! Awek2 cina ini hancurkan beberapa ekor arnab yang masih hidup

0 comments











PUISI TERINDAH SI SUAMI YANG NAK KAHWIN SATU LAGI

0 comments


Isteriku yang kucintai.,
jika kau bumiku.,
akulah mataharmui..
kan ku sinarimu kerana engkau mengharapkan sinaran dariku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh syg.,
begitu penuh dgn riak gelombang..
Aku pasti akan tetap menyinari bumimu itu., hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan cahayaku..
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi, malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku..
Lalu.. Relakanlah aku menyinari planet lain, menyampaikan faedah adanya aku, kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain…

*** Balasan Puisi Sang Isteri ***
Suamiku Manja.,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau untuk memberikan sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahaya mu dan akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu…
AKAN TETAPIIIIIIII..
Bila kail panjang sejengkal,.
kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
anganlah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi walau dengan lampu elektrik sekalipun..!
Lihatlah dirimu pada cermin kaca di sudut kamar kita, di tengah remang-remang pancaran cahayamu yang telah aku mengerti…
Cuba lihat siapa dirimu…
MATAHARI atau lilin ? please lah…!!!

p/s: Amboi, mendalam sungguh maksud disebalik puisi ni.. hehe !
   

Dirogol abang angkat

0 comments



SUBANG JAYA: Seorang pelajar Tingkatan Dua sarat mengandung lapan bulan dipercayai selepas dirogol abang angkatnya di kediaman keluarganya di Taman Tengah, Batu 14, Puchong Perdana.
Mangsa dikatakan dirogol lelaki berusia 25 tahun itu pada Ogos tahun lalu sebelum disahkan mengandung, namun tidak memaklumkan ahli keluarganya kerana bimbang dimarahi.
Difahamkan, lelaki terbabit yang tinggal di Batu 13, Puchong itu adalah anak angkat kepada keluarga mangsa dan sering berulang-alik serta tidur di rumah mangsa.
Mangsa dikatakan dirogol lelaki terbabit di kediamannya ketika keluarga mangsa tiada di rumah dan kejadian itu hanya disedari keluarga mangsa selepas pelajar itu sarat mengandung lapan bulan selepas melihat keadaan perutnya yang buncit.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner, Yahaya Ramli, berkata selepas kejadian itu diketahui keluarganya, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Subang Jaya, petang kelmarin.
Katanya, siasatan polis mendapati, suspek sudah berkahwin dengan wanita lain dua bulan lalu dan gerakan memburu suspek sedang dijalankan.
“Mangsa dipercayai tidak memberitahu kejadian yang menimpanya sehingga mengandung lapan bulan kerana bimbang keluarganya akan memarahinya.
“Sepanjang lapan bulan mengandung, mangsa ke sekolah seperti biasa tanpa disedari sesiapa berikutan fizikalnya yang kecil,” katanya ketika ditemui, semalam.
Dalam perkembangan lain, Yahaya berkata, polis memburu tujuh lelaki yang juga ahli kongsi gelap di Subang Jaya dipercayai terbabit dalam dua kes pembunuhan masing-masing pada 12 dan 13 Mei lalu.
Lelaki terbabit adalah M Kumar, 30, N Logeswaran, 25; R Srisangkar, 25; K Manoharan, 35; S Surendran, 27; R Surendren, 26 dan V Suresh, 25.
Semua suspek adalah anggota kumpulan kongsi gelap digelar Satu Hati dan Kumpulan 08 dipercayai mempunyai kaitan dalam kes pembunuhan dua lelaki tempatan di Kelana Jaya dan Taman Tasik Puchong Perdana.

Anak kambing berwajah pelik

0 comments



GERIK – Kelahiran seekor anak kambing berwajah pelik milik seorang penternak, Abd Karim Abd Hamid, 69, pada Isnin lalu, menggemparkan penduduk di kampung Air Suda 2, di sini.
Menantunya, Mohd Halim Mat Wahid, 37 berkata, wajah anak kambing dari spesies boer itu dianggap satu perkara yang luar biasa dan ia telah menarik perhatian orang ramai.
Katanya, Abd Karim telah menternak kambing sejak lebih 20 tahun lalu dan ini merupakan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku
“Bapa mertua saya adalah seorang pesara tentera dan telah menternak kambing sebaik sahaja dia bersara daripada perkhidmatan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Sebelum ini semua anak kambing di kandang ternakannya dilahirkan dalam keadaan normal dan kejadian pada kali ini memang mengejutkan ramai penduduk,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Mohd Halim, kelahiran anak kambing berkenaan disedari pada jam 8 pagi di kandang kambing bapa mertuanya di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Fasa 2, Gerik-Kupang.
Walau bagaimanapun, kata Mohd Halim, anak kambing itu telah mati selepas beberapa saat dilahirkan dan telah dikebumikan di belakang rumah bapa mertuanya.
Katanya, kebanyakan penduduk yang berkesempatan datang dan melihat sendiri anak kambing itu mengatakan wajah peliknya agak menakutkan.
“Anak kambing itu dilahirkan oleh seekor ibu kambing yang berusia tiga tahun, dan kami tidak tahu kenapa wajahnya pelik kerana anak kambing yang lahir sebelumnya dilahirkan dalam keadaan normal.
“Faktor pemakanan tidak mungkin menjadi punca kerana ibu kambing itu diberi makan sama seperti kambing ternakan lain,” katanya.
Sinar

Inilah Sekolah Termewah Dan Termahal Di Dunia

0 comments



Jangan salah, ini bukan mall, hotel atau tempat seumpamanya di mana orang bersenang-senang, tapi ini adalah bangunan sekolah, tempat orang belajar, menimba ilmu. Orestad College, di Denmark, menjadi satu satunya bangunan sekolah termewah dengan pelbagai kemudahan kelas pertama.

Sekolah ini direka seselesa mungkin untuk para pelajar dengan begitu diharap mereka boleh menghasilkan prestasi maksimum. Kalangan ahli akademik Denmark percaya bahawa sinar matahari dapat membangkitkan semangat belajar para pelajar. Oleh itu, bangunan sekolah telah direka bentuk sedemikian rupa untuk memaksimumkan masuknya sinar matahari sebagai penerangan.

Tidak seperti umumnya sekolah yg serba terkotak-kotak, maka reka bentuk bahagian dalam justru dibuat serba terbuka, sehingga lantai bahagian atas boleh melihat bahagian-bahagian di bawahnya. Selain sambungan internet di setiap tempat, setiap pelajar juga mendapat laptop percuma. Juga ada bantal oren multi fungsi-fungsi yang boleh digunakan untuk santai, belajar, atau tidur untuk melepas kepenatan.

Tak heran reka bentuk unik sekolah ini berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui beberapa anugerah.

Melihat semua yg ada di Orestad College, rasanya memang tidak ada alasan tidak berprestasi, kan? – myinfo101.com

Pengecas Telefon Bimbit Terpacak Di Belakang Kepala Bayi

0 comments


QUINGYUAN : Sebuah pengecas telefon bimbit terpacak di belakang kepala seorang bayi selepas dia terjatuh dari katil dan menghempap alat itu.

Bayi berusia setahun itu kini semakin pulih selepas pakar bedah mencabut pengecas itu dalam pembedahan selama enam jam.

Mereka terpaksa menanggalkan satu persatu pengecas itu hingga tinggal dua rod logam.
Pakar kemudian terpaksa menggerudi tengkorak bayi itu bagi mencabut bahagian terakhir di sebuah hospital di Quingyuan, China.

Ketua pakar bedah, Li Guofeng berkata: “Sebuah pengecas telefon bimbit hitam terpacak di belakang kepalanya. Ini kali pertama saya berdepan dengan kes seumpama ini.” Menurutnya, bayi itu bernasib baik kerana terselamat. “Jika ia terkena pada saluran darah, dia mungkin mati serta-merta,” katanya. – DM

Bas Elektrik Dalam Masa Dua Tahun Lagi

0 comments



KUALA LUMPUR – Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana) merancang untuk memperkenal perkhidmatan bas menggunakan kuasa elektrik dalam tempoh dua tahun lagi sebagai sokongan kepada program alam sekitar hijau.

Pengarah Kumpulan Bahagian Bas Prasarana, Zohari Sulaiman berkata, mereka akan mendapatkan antara 10 hingga 15 bas buat permulaan sebelum menambah jumlahnya.

“Bas elektrik yang kita mahu ialah yang menggunakan bateri merupakan pilihan yang lebih baik untuk menyokong alam sekitar hijau. Ia satu pelaburan yang mahal tetapi dalam jangka masa panjang lebih baik berbanding bas yang menggunakan diesel. – Kosmo

Wednesday 30 May 2012

AWAS! Pinggan Mangkuk & Cawan Dibuat Dari Tulang BABI! (Gambar)

0 comments
Pinggan mangkuk dan cawan dari tulang babi ini dihasilkan dengan jenama “Fine YIYUN Bone China” yang diperbuat dari negara China.




Menurut sumber, pinggan magkuk dan cawan jenama YIYUN ini dibuat daripada tulang babi. Jadi, kita kena berhati-hati dan kalau boleh pergi ke dapur terus, tengok pinggan mangkuk tu, mana lah tahu ada jenama YIYUN nie. Harap-harap takde lah ye…

Kongsi dan sebarkan kepada rakan-rakan anda!

Lampu Aiskrim Yang Cantik

0 comments

Tak Keluar Rumah Kerana Gemuk

0 comments


LONDON : Seorang wanita gemuk di Britain seberat 254 kilogram mengakui dia tidak pernah keluar dari rumahnya sejak empat tahun lalu.

Brenda Flanagan-Davi*es, 43, mendakwa dia turut mengambil makanan lebih 6,000 kalori setiap hari termasuk sembilan keping coklat dan tiga liter minuman ringan.

Kini, Brenda mula menderita dan meminta bantuan mana-mana pihak untuk membantu dia mengurangkan berat badannya selepas menerima arahan doktor.

”Sebelum ini, saya memakan gula-gula dan coklat seperti mengambil ubat’,” katanya. – Gempak!

Kereta Menggunakan Tenaga Elektrik Sepenuhnya Daripada Proton Diperlihatkan

0 comments
Sama seperti pengeluar kenderaan yang lain, Proton turut sama mempunyai pertandingan dalam syarikat mereka, dalam mengalakkan inovasi dan sebagainya. Dan hari ini, Proton memperlihatkan kereta konsep yang menjadi pilihan dan pemenang pada tahun lepas, iaitu TF Exponent.





Melalui TF Exponent, ia merupakan kereta yang dijana menggunakan elektrik, dan hanya sekadar konsep sahaja. Ia membawakan rekabentuk kenderaan dua pintu, dengan empat tempat duduk penumpang. TF Exponent ini dikatakan boleh memecut sehingga berkelajuan 55 kmh, dan mengambil masa sehingga 6 jam untuk pengecasan penuh.
Memandangkan saya sendiri kurang arif dalam perkara berkaitan dengan kenderaan, ikuti beberapa gambar berikut, yang mana mungkin memberikan idea dan penerangan yang lebih dekat kepada anda.
























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...